Rabu, 27 Jun 2012

CAMERON HIGHLANDS

Destinasi Di Pergunungan...

Cameron Highlands,Pahang


Sememangnya terkenal dengan iklim sejuk,ladang strawberi,teh serta bangunan gaya Tudor di pergunungan tanah tinggi terbesar di Malaysia pasti menawan hati pelancong.Terdapat pelbagai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di tanah tinggi Cameron.Di samping melawat tempat-tempat menarik pelancong juga dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti bersiar-siar melalui perkampungan yang menarik,mendaki gunung dan banyak lagi.Mari kita tinjau tempat-tempat menarik yang terdapat di tanah tinggi,Cameron Highlands.


Selamat Datang Ke Cameron Highlands

Replika strawberi yang menjadi lambang selamat datang ke tanah tinggi Cameron Highlands.
                                                                                      
                                                              

Tanah tinggi Cameron yang terletak 1,500 meter dari aras laut  mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Tanah Rata,Brinchang, Tringkap,Ringlet,Kuala Terla dan Kampung Raja.Tempat ini juga mudah  dikunjungi.Anda boleh tiba di tanah tinggi Cameron kurang dari sejam perjalanan melalui Lebuhraya-Utara-Selatan atau kira-kira 3 1/2 jam  perjalanan sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur.

                                     
Cuaca nyaman di sini memang tidak dapat ditandingi.Kadang kala kabus menyelubungi tanah tinggi Cameron.Salah satu tarikan utama di Cameron Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman.Ini dapat menarik lagi perhatian kepada pelancong yang datang melawat ke tanah tinggi ini.


Bagi anda yang gemar melakukan atau ingin mencuba aktiviti mendaki gunung boleh ke Gunung Brinchang.Laluan mendaki gunung ini bermula dari Sungai Palas hingga ke puncak Gunung Brinchang.Pendakian ini boleh disempurnakan dengan mudah dan menawarkan pemandangan hutan dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang spesifik dan jarang kita dengar atau dilihat sebelum ini.

                                         
Di Cameron Highlands memang terkenal dengan buah strawberi. Anda juga boleh melawat ke kilang yang memproses buah strawberi menjadi bahan makanan seperti jem strawberi,kordial,ais krim strawberi.Lokasi kilang atau tempat yang menjual strawberi ialah di Kampung Taman Sedia yang satu-satunya kampung melayu.Kedudukan kampung ini amatlah strategik kerana terletak diantara pekan Tanah Rata dan Brinchang.

Pintu gerbang Kampung Taman Sedia  
  
KHM

 YZ Agro Farm

 Jem strawberi
                                                   
 Kordial strawberi


Jika anda ingin merasai ais krim strawberi,strawberi coklat anda boleh melawat ke Kampung Taman Sedia.Antara tempatnya ialah di KHM,Yz Agro Farm dan banyak lagi.

Rasailah kelazatannya
                                                 
Di Kampung Taman Sedia terdapat sebuah pusat rekreasi  yang menarik ramai pelancong dari luar negara.Hutan lipur Parit Fall terletak berhampiran dengan Kampung Taman Sedia yang masih kekal terpelihara.Di sana terdapat pelbagai jenis flora yang pastinya menggamit 
memori.


Pusat rekreasi yang terletak di Kampung Taman Sedia 

Sungai Pauh

Sungai Pauh destinasi menarik yang terletak di dalam kawasan Kompleks Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands iaitu dua kilometer dari pekan Tanah Rata ataupun hanya bersebelahan Kampung Taman Sedia dan Kem Slim.Kem Sungai Pauh ini adalah diurus tadbir   oleh Pejabat Hutan Kecil Cameron Highlands dan amat sesuai untuk aktiviti perkhemahan bagi kalangan pengembara dan juga institusi pendidikan.Terdapat pelbagai kemudahan.Antaranya Tapak Perkhemahan,surau,tandas,pondok BBQ,pentas aktiviti,pondok rehat dan alur Sungai Pauh yang kecil dan selamat.Sungai Pauh dikhabarkan antara sungai paling bersih di Cameron Highlands kerana tiada kawasan pertanian dibahagian hulunya.Bagi mereka yang ingin berkhemah di sini,suhu pada waktu malam pastinya amat mencabar anda dan jika anda ingin bermandi-manda,suhu airnya juga pasti menusuk ke tulang.

Jalan masuk ke Tapak Perkhemahan Sg.Pauh

Tapak perkhemahan yang disediakan


Sk Convent
                             
Anda juga berpeluang melawat sekolah yang mempunyai sejarah seperti di Sk Convent.Sekolah tersebut terletak di atas bukit yang bersebelahan dengan gereja.Lazimnya kita dengar Sk Convent hanyalah pelajar perempuan sahaja,tetapi di Sk Convent Cameron Highlands terdiri daripada pelajar lelaki dan juga pelajar perempuan.Sekolah ini adalah satu-satunya di Malaysia yang mempunyai pelajar lelaki.Pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan oleh pihak sekolah.


                                                  
                                                          


       School Attack

Persembahan tarian dari pelajar Kelab Tunas Budaya
                                                       Sk Convent


Cameron Highlands juga terkenal dengan ladang teh yang sangat luas dan nyaman.Terdapat beberapa ladang teh seperti Boh Centre di Sungai Palas dan Cameron Bharat Plantations yang terletak di antara Ringlet dan Tanah Rata.
                                                   
                                                           
Ladang Teh

Di ladang teh ini,bukan sahaja anda dapat menikmati pemandangan yang indah tetapi juga anda boleh turun ke ladang teh ini untuk melihat pokok teh dengan lebih dekat.

                                             
     

Di ladang teh ada juga menjual produk-produk dan hasil keluaran teh yang ditanam di Cameron Highlands.


                                         
Selain itu,terdapat juga kafe yang menyediakan makanan dan minuman bagi pengunjung sambil menikmati pemandangan ladang teh.


Taman Agro Teknologi 


  MARDI
                                       

Di stesen MARDI,terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran dan bunga.

Taman Madu Lebah

Pasar Malam Brinchang adalah satu lagi lokasi yang perlu anda kunjungi.Ianya terletak di pinggir jalan utama di pekan Brinchang.Di sini anda boleh membeli pelbagai jenis barangan terutamanya hasil-hasil pertanian segar seperti pelbagai  jenis sayur-sayuran dan bunga-bungaan.Terdapat juga  gerai yang menjual cenderamata,pakaian,bantal hiasan,makanan dan lain-lain.Ianya dibuka seawal jam 2.30 petang dan ditutup jam 11.30 malam pada setiap hari Jumaat,Sabtu dan sepanjang cuti persekolahan.Suasana di sini sentiasa  sesak dengan orang ramai dan kenderaan yang lalu lalang kerana biasanya pelancong yang datang ke Cameron Highlands tidak mahu  melepaskan peluang  untuk membeli belah di sini.

                                         
Di antara pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk
merasai suasana pasar malam di Cameron Highlands.
                                   
 Mawar pelbagai warna.

 Buah strawberi                                           
                                         
Pasar malam Brinchang

                        Anda juga boleh melawati ke Big Red Strawberry Farm.


                                                     
                                              
Pekerja di Big Red Strawberry Farm

Bagi penggemar kaktus,anda berpeluang melawati dan membeli kaktus dengan harga yang berpatutan di Cactus Valley.Di sana terdapat pelbagai jenis kaktus  dan pada masa yang sama anda juga dapat melihat kaktus yang berwarna-warni.

                                             
 Cactus Valley

                                           

 Jenis-jenis kaktus

Butterfly Garden

Satu lagi tempat menarik ialah Butterfly Garden atau lebih dikenali Taman Rama-Rama.Penggemar rama-rama boleh membeli untuk dijadikan koleksi peribadi.

                                           
Cenderamata rama-rama yang telah diawet dan dibingkaikan.

Raju's Hill Strawberry Farm

                                         
                                           
Rose Centre


Bagi pencinta bunga ros tempat sesuai untuk anda kunjungi di Cameron Highlands adalah Rose Centre. Ada bermacam-macam jenis bunga ros boleh kita lihat di sana. Rose centre ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran masuk pula adalah sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.





                                        

Kea Farm Market


Kea Farm Market ini menjadi tempat tumpuan ramai pengunjung yang datang ke Cameron Highlands untuk membeli  barang-barang hasil tani yang dijual seperti sayur-sayuran, bunga, buah-buahan, strawberry dan macam-macam lagi.
                             
                                           
                                                                

Kok Lim Strawberry Farm


Replika strawberi

Di Kok Lim Strawberry Farm anda berpeluang mengunjungi ke muzium yang terletak berhampiran dengan kedai-kedai yang menjual cenderamata.Di muzium tersebut anda dapat melihat barang-barang antik yang dipamerkan.Muzium ini dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang.Bayaran masuk pula adalah sebanyak RM 3 untuk kanak-kanak dan dewasa sebanyak RM5.Nama muzium ini adalah Time Tunnel The Local Museum.Muzium ini terletak di tepi jalan sahaja.

Muzium ni dibuka pada 2008 dan mempamerkan lebih daripada1000 artifak barang lama sekitar tahun 50an,60an dan 70an. Juga artikel dan gambar-gambar berkaitan sejarah Cameron Highlands. Paling menarik tentang misteri yg belum terungkai tentang JIM THOMSON seorang saudagar sutera yg dilaporkan hilang di Cameron Highlands,penemuan kawasan salji di Cameron Highlands..

                                             
Time Tunnel The Local Museum
                                       
                                     
                                                                         
                                       
Kenderaan pada zaman dahulu


                                                 Potongan akhbar tahun 70an.

Nama Bah Renyis mungkin tidak pernah kedengaran di deria pendengaran kita. Mungkin nama yang asing bagi kita yang tidak pernah menjejaki kaki ke sana. Perkampungan orang asli Cameron Highlands Bah Renyis terletak jauh di dalam hutan Cameron Highlands. Untuk pergi ke perkampungan Bah Renyis, anda terpaksa melalui Pos Menson, beberapa batu antara Lembah Bertam dan Pos Telanok. Di Pos Menson inilah mempunyai pusat kelompok kampung-kampung Orang Asli yang lengkap dengan sekolah dan asrama. Anda perlu melalui jalan tanah merah yang berlubang dan berbatu-batu besar berbonjol di sana sini. Sejam membetis, anda perlu meniti batang kayu merentangi sebuah sungai kecil. Sebuah kampung Orang Asli dengan sembilan buah rumah (pondok).  Terletak jauh di tengah rimba, tidak menghairankan jika semua kanak-kanak yang dilahirkan di sini tidak pernah menjejak kaki ke sekolah.


Perjalanan ke perkampungan orang asli yang agak sukar ianya sesuai untuk pemanduan kenderaan yang tahan lasak.


Antara pelancong yang ingin menjelajah ke perkampungan orang asli  perlu
 merentasi titi


  Bagi anda yang ingin bermalam di Cameron Highlands anda boleh mendapatkan penginapan yang istimewa,bangunan ala-ala inggeris dan  sesuai untuk seisi keluarga.Contohnya pangsapuri,homestay,chalet dan hotel.






                                            Desa Anthurium






                








                                              Hotel





Tiada ulasan:

Catat Ulasan